Apakala yang dilaku tiada sedari
terus sahaja mengundang padah durjana
yang akhirnya terpalit hamis sendiri
yang mana sesalnya mungkin..
..tapi parutnya tak pasti sembuh
manusia tolonglah hormati ikatan insan
jangan dilanggar batasan itu
apa dicari
apa diharap
apa dibuktikan
kerna tiada yang diakal mu
yang ada pada mu hanyalah..
.. khayalan getis pimpinan amarah
jadilah insan bukan manusia murahan
mengikut arus yang kononnya suci
tapi sebenarnya busuk bernanah
yang sehari-hari tambah nazak
pada akhirnya pasti mereput..
.. apa mahu begitu?
Muaz Hadi
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar